Wakaf Tunai Kampung Malaysia


Projek Wakaf Perumahan Pelarian Syria, Kampung Malaysia Syria Care (WKMSC) telah dibangunkan di Al Bardaqli, utara Syria. Ia adalah projek eksklusif yang dibangunkan oleh Syria Care hasil wakaf yang disumbangkan orang ramai. Pembinaannya telahpun bermula sejak April 2020.

Sehingga kini, lebih 90 peratus keseluruhan prasarana di WKMSC telah dibangunkan. 

Sebanyak 272 unit rumah dibina lengkap dengan sistem bekalan air bersih dan sistem saluran pembentungan sisa kumbahan. Ia memberi manfaat kepada 1,450 orang atau 280 keluarga secara keseluruhannya. Penghuni WKMSC terdiri dari kalangan warga emas, ibu tunggal dan anak yatim, petugas pusat perubatan dan sekolah juga dari kalangan keluarga yang susah.

Kawasan penempatan ini juga dilengkapi dengan 3 buah institusi pendidikan utama masyarakat iaitu tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Kesemuanya mampu memberi manfaat kepada lebih 1,000 orang pelajar termasuk pelajar dari luar kawasan penempatan. Silibus pendidikan di sini telah diiktiraf oleh pihak berkuasa tempatan bahawa adalah yang terbaik di daerah itu.

Dilengkapi juga dengan kemudahan seperti masjid, kiosk perniagaan dan pusat perubatan.

Tangki dan telaga air dikuasakan dengan hibrid menggunakan tenaga solar dan diesel. Telaga air ini digali sedalam 600 meter bagi mendapatkan punca mata air yang sesuai diminum serta mencukupi bagi kegunaan semua penghuni di Wakaf Kampung Malaysia ini. Air dari bawah tanah dipam naik ke atas tangki menggunakan pam motor yang dikuasakan oleh tenaga solar. Namun ketika musim sejuk enjin diesel diperlukan untuk menggerakkan pam motor tersebut.

________________________________________________

Rebut peluang berwakaf di bumi Syam

RM100.00 per slot

_____________________________________

Ayuh, rebut peluang ini agar memperoleh manfaatnya di dunia dan juga di akhirat kelak.

Rasulullah S.A.W bersabda, "Apabila mati seseorang manusia, maka terputus semua amalannya (dan hartanya) kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah (iaitu wakaf), ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kepadanya." (Riwayat Muslim)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Wakaf Tunai Kampung Malaysia - Satu Slot RM100
Wakaf Tunai Kampung Malaysia - RM30
Wakaf Tunai Kampung Malaysia Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

Dari mana anda mengetahui tentang kempen ini?